Khazanah Herba HPA

Selamat Datang dan Selamat Meneroka Dunia Perubatan Herba....
Pelbagai khazanah bumi dapat dimanfaatkan.Salah satu daripadanya ialah TUMBUHAN HERBA yang dikatakan menjadi bahan asas bagi segala ubat-ubatan dan makanan untuk kesihatan.

Blog ini dibangunkan sebagai perkongsian ilmu dan pengalaman berkenaan keistimewaan dan kelebihan herba dalam merawat pelbagai penyakit.. Juga turut dipaparkan artikel-artikel berkenaan herba-herba serta kepelbagaian fungsi herba-herba tersebut dalam merawat penyakit dan memperbaiki tahap kesihatan insan...

Salam Perjuangan!

HPA.fm

Loading...

Winamp windows Media Player Real Player QuickTime

PROFIL

My photo
Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia
PUSAT JUALAN HPA

Klik pada gambar untuk lihat profil PJS Cikgu Man

Followers

HPA INTERNATIONAL CENTER

Monday, October 11, 2010

Graduan disaran rebut peluang pasaran produk halal

Petikan akhbar 2hb Okt 2010:
ALOR SETAR: Cukup merugikan jika umat Islam terutama usahawan tidak mengambil peluang daripada keyakinan tinggi negara asing mengenai jenama halal produk yang dikeluarkan di Malaysia.
Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, Ismail Ahmad, berkata dengan nilai permintaan terhadap produk halal bernilai RM7.1 trilion tahun ini di seluruh dunia, peluang bagi usahawan yang mampu mengeluarkan produk sedemikian untuk berjaya cukup luas.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan golongan intelek terutama graduan di negara ini tidak terlalu berharap dengan kerjaya di sektor kerajaan dan swasta sebaliknya berusaha untuk mencipta produk sendiri.
“Pengangguran berada pada tahap 3.3 peratus setakat Julai lalu, termasuk membabitkan 40,000 graduan. “Kami (HPA) melihat peluang pasaran produk halal ini cukup besar dan amat berpotensi, sekali gus berharap seramai mungkin graduan menanam impian menjadi usahawan seterusnya rakan niaga HPA,” katanya menyampaikan kertas kerja sempena Karnival Usahawan 2010 anjuran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di kampus induk KUIN di sini, pagi semalam.

No comments:

Post a Comment