KAMI DARI KELAB AL HIJRAH (PIMPINAN PJS CIKGU ABD RAHMAN) AKAN KE PERASMIAN HPAIC PADA 2 OKTOBER 2010 SERAMAI 40 ORANG PESERTA. TURUT HADIR AJK KELAB AL HIJRAH BERSAMA RANGKAIAN MASING-MASING.
Khazanah Herba HPA
Selamat Datang dan Selamat Meneroka Dunia Perubatan Herba....
Pelbagai khazanah bumi dapat dimanfaatkan.Salah satu daripadanya ialah TUMBUHAN HERBA yang dikatakan menjadi bahan asas bagi segala ubat-ubatan dan makanan untuk kesihatan.
Blog ini dibangunkan sebagai perkongsian ilmu dan pengalaman berkenaan keistimewaan dan kelebihan herba dalam merawat pelbagai penyakit.. Juga turut dipaparkan artikel-artikel berkenaan herba-herba serta kepelbagaian fungsi herba-herba tersebut dalam merawat penyakit dan memperbaiki tahap kesihatan insan...
Salam Perjuangan!
Pelbagai khazanah bumi dapat dimanfaatkan.Salah satu daripadanya ialah TUMBUHAN HERBA yang dikatakan menjadi bahan asas bagi segala ubat-ubatan dan makanan untuk kesihatan.
Blog ini dibangunkan sebagai perkongsian ilmu dan pengalaman berkenaan keistimewaan dan kelebihan herba dalam merawat pelbagai penyakit.. Juga turut dipaparkan artikel-artikel berkenaan herba-herba serta kepelbagaian fungsi herba-herba tersebut dalam merawat penyakit dan memperbaiki tahap kesihatan insan...
Salam Perjuangan!
PROFIL
- PJS CHE ABD RAHMAN CHE OMAR
- Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia
- PUSAT JUALAN HPA

Followers
Wednesday, September 22, 2010
Monday, September 20, 2010
ASTRO AWANI BERSAMA PENGARAH URUSAN HPA

ASTRO AWANI BERSAMA PENGARAH URUSAN HPA
>> Isnin, 2010 September 20
Siaran Bisnes Astro Awani Plus, temuramah khas perkembangan RFC bersama Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd. Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad di Astro Awani jadual seperti berikut :
Hari Sabtu : 6.30 PM
Hari Ahad : 3.30 AM & 11.30 AM
Hari Isnin : 12.00 AM & 6.30 AMDiharapkan kepada staf-staf cawangan agar memaklumkan maklumat tersebut kepada Ahli-ahli HPA.
Read more...
Friday, September 17, 2010
PROFIL HERBALIS CIKGU MAN
NAMA PENUH: PJS CHE ABD RAHMAN BIN CHE OMAR
PANGGILAN: CIKGU MAN HPA
UMUR: 48 TAHUN.
KELUARGA: 8 ORANG ANAK
AHLI HPA: JUN 1996
PANGKAT:
PENGARAH JATI MAHKOTA (PJM) & PENGARAH JATI SETIA (PJS)
AHLI TRIBUNAL KELAB
KEPIMPINAN TIMUR (KPT)
AGEN STOK:
PUSAT JUALAN HPA PASIR PUTEH, KELANTAN.
ANUGERAH:
ANUGERAH PEMIMPIN BERWAWASAN.
ANUGERAH PUSAT JUALAN TERBAIK ( TAHUN 2007, 2008, 2009).
ANUGERAH MELANCONG KE INDO, IRAN, SEPANYOL, OCENIA.
INSENTIF KHAS IBADAH HAJI 2009.
TOP 20 ( 2008 DAN 2009 )
PENGALAMAN DALAM HPA:
SIJIL INTIBAH PPPJ (HPA TH2005) BASIC CERTIFICATE ACUPUNCTURE DARI PROF. DR. K. DEVI; BEKAM DAN RAWATAN HERBA.
HARAPAN BERSAMA HPA:
MEMBERI SOKONGAN MASA, TENAGA, WANG RINGGIT BAGI MEMPERJUANGKAN PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH MELALUI PROGRAM (PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG-PBC), PRODUK HALALAN THOYYIBAN DAN MEMBANGUN KESIHATAN UMMAH DENGAN PERUBATAN JAWI YANG BERASASKAN ILAHIYAH DAN ALAMIAH.
Thursday, September 16, 2010
PERASMIAN HPAIC
Warga HPA Malaysia, Indonesia, Cambodia, Brunei, Thailand, Singapore dan Filipina.
Majlis Pelancaran sepintas lalu adalah seperti berikut
Tarikh: 2hb Oct 2010
0800 – 1130H Perasmian bersama Pengarah Urusan dan PJS
1430 – 1700H Seminar khas Chlorophyl, Minuman Talbinah, MLMS dan Jelly Gamat
PRODUK YANG DINANTIKAN
Alkaradix ChloropHyll Drops
/
Apa itu Alkaradix chlorophyll drops(ACD)?
Apakah fungsi ACD?
Kenapa badan kita memerlukan air beralkali?
Bagaimana buangan berasid terbentuk dalam badan?
Apakah akan terjadi jika badan anda berasid?
Bagaimana air alkali berfungsi dalam badan?
Apakah yang seterusnya terjadi?
Kenapa benteng alkali penting untuk kesihatan?
Apakah diantara perkara positif yang berlaku jika bendalir /cecair badan beralkali?
Adakah CD membantu meningkatkan tahap keberadaan oksigen untuk sel?
Apakah padahnya jika sel anda kekurangan oksigen?
Apakah tanda keasidan dalaman?
Apakah diantara penyakit akibat dari keadaan berasid dalam badan?
Siapakah yang memerlukan ACD?
Bolehkah orang yang berlebihan berat badan manfaat dari ACD?
Adakah ACD bermanfaat bagi penghidap diabetes?
Adakah ACD baik untuk pesakit kanser?
Bolehkah faedah mengambil ACD dinikmati segera?
Apakah kesan sampingan menggunakan ACD?
Apakah krisis penyembuhan yang terjadi apabila ACD digunakan?
Bagaimana ACD digunakan?
- ACD ialah satu formulasi saintifik canggih menggunakan alkali konsentrasi tinggi dengan ekstrak chlorophyll untuk mengurangkan keasidan dalam badan.
Apakah fungsi ACD?
- ACD membantu menyingkirkan keadaan berasid dalam badan.Ianya sangat berkesan meninggikan pH minuman ke tahap pH 8.5 ke atas untuk menurunkan asid.
Kenapa badan kita memerlukan air beralkali?
- Makanan kita menghasilkan buangan berasid dalam badan yang menjadi punca utama penyakit kronik seperti kegemukan,tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung , sakit sendi, penyakit kulit tegar, dan juga kanser.
Bagaimana buangan berasid terbentuk dalam badan?
- Dua perkara berlaku apabila kita makan.Sebahgain dari makanan yang dicernakan akan diserap oleh sel dan yang lain menjadi bahan buangan yang berasid.Jika buangan berasid ini tidak disingkirkan ianya akan merosakkan kesihatan.
Apakah akan terjadi jika badan anda berasid?
- "Anda akan berpenyakit,lesu dan gemuk dan jika anda tidak gemuk anda akan mati. Apabila rezab alkali berkurangan, dan anda terus membina keadaan berasid dalam badan, badan anda muka menarik galian alkali dari tulang, otot, sendi dan kartilej. Itulah sebabnya orang tua mengecut dan bongkok. Proses koreksi dalaman telah meruntuhkan struktur sendiri dengan mencuri garam galian daripada struktur badan untuk mengalkalikan badan yang berasid," kata Dr Robert Young.
Bagaimana air alkali berfungsi dalam badan?
- Air alkali tidak boleh mengalkalikan badan secara terus terutama sekali bahagian perut yang sangat berasid dengan pH 4.5. Hidroksid dalam air airkali hanya menaikkan pH pada tahap 0.1 ke pH 4.6 yang akan mengacah sel mengeluarkan asid hidroklorik untuk mengekalkan pH asal 4.5.
Apakah yang seterusnya terjadi?
- Asid hidroklorik yang baru dihasilkan bertindak dengan hidroksid alkali dan asid karbonik dengan terhasilnya bikarbonit yang menyerap dan mengalir dalam darah membekal benteng alkali dan mengelak darah berasid.
Kenapa benteng alkali penting untuk kesihatan?
- Apabila darah berasid dineutralkan dengna minuman beralkali , sirkulasi darah meningkat dengan tidak perlunya ubat statin (pencair darah). Ini merupakan satu proses penyembuhan. ACD sangat berfaedah bagi tekanan darah tinggi untuk jangkamasa panjang.
Apakah diantara perkara positif yang berlaku jika bendalir /cecair badan beralkali?
- "Bila anda beralkali anda cergas dan bertenaga.Apabila anda bertenaga, anda rasa lebih baik dan berfikiran cerdas. Anda mempunyai tenaga berterusan apabila anda beralkali. Manfaat positif badan beralkali ialah kesihatan yang baik, bertenaga, cergas, minda yang jelas dengan penuh vitality," Dr Robert Young.
Adakah CD membantu meningkatkan tahap keberadaan oksigen untuk sel?
- Ya. Air alkali mempunyai lebih oksigen dengan adanya oksigen yang berpaut dengan hydrogen dalam bentuk OH- . Meminum air beralkali dari ACD meningkatkan nilai purata oksigen dalam darah. Itulah sebabnya ibu mengandung yang mengalami muntah-muntah, dan pendaki gunung mendapat manfaat dari air alkali.
Apakah padahnya jika sel anda kekurangan oksigen?
- Jika sel mendapat kurang dari 60% oksigen yang diperlukan , ia bertukar menjadi kanser.
Apakah tanda keasidan dalaman?
- Timbunan asid lemak menjadikan anda gemuk, pembentukan kolesterol berakhir dengan sakit jantung, dan keasidan menrangsang pembentukan batu karang hempedu dan buah pinggang/ ginjal. Ketiga-tiga ini adalah contoh bagaimana buangan berasid diubah menjadi ketulan/pepejal supaya tiada cecair berasid masuk kedalam darah anda.
Apakah diantara penyakit akibat dari keadaan berasid dalam badan?
- Cengkung mata/mendalam, atritis reumatoid, tekanan darah tinggi, sirkulasi darah dijantung lemah,insomnia, migrain, kegemukan, susah menelan, batu karang, cepat tua, kekurangan daya seks.
Siapakah yang memerlukan ACD?
- Semua peringkat umur kecuali kanak-kanak bawah 6 tahun keran mereka tidak berasid. Kebanyakan orang dewasa mempunyai buangan berasid dalaman. Hanya sedikit sahaja keasidan membawa padah, lebih lagijika dibiarkan berterusan. ACD membantu mengurangkan keadaan berasid jika diamalkan setiap hari.
Bolehkah orang yang berlebihan berat badan manfaat dari ACD?
- Kegemukan, seperti kencing manis atau kanser tidak terjadi dalam sehari. Ia menjelma sedikit demi sedikit sehingga menjadi parah. ACD menghalang timbunan lemak berlebihan dengan membuang punca timbunan lemak. Jadi lama kelamaan pengguna ACD semakin lebih sihat dan segar dengan berat badan menurun.
Adakah ACD bermanfaat bagi penghidap diabetes?
- Karbohidrat yang terlalu diproses yang dimakan seperti nasi,mee, pizza atau kuih-muih dan lain-lain menjadi glukos dalam darah. Glukos berlebihan disimpan sebagai lemak dalam sel menjadikan seseorang gemuk dan mempunyai gula dalam darah. Air alkali yang terhasil oleh ACD mengurangkan buangan asid, dan menurunkan timbunan gula. Oleh itu ACD membantu meredakan diabetes.
Adakah ACD baik untuk pesakit kanser?
- Sel kanser sangat sukakan kondisi berasid dan tahap oksigen yang rendah. ACD meningkatkan alkali atau mengurangkan buangan berasid sambil meningkatkan tahap oksigen. ACD sudah pasti musuh kepada kanser dan baik untuk penghidap kanser.
Bolehkah faedah mengambil ACD dinikmati segera?
- ACD bukanlah ubat seperti Panadol melegakan sakit kepala dengan cepat. Semua penyakit kronik terjadi sedikit demi sedikit dalam masa yang lama. ACD berkesan meredakan penyakit kronik dengan menurunkan kadar buangan berasid dalam badan yang menjadi salah satu punca penyakit kronik. Teruskan memakan ubat dan suplimen anda, dan ACD akan membantu usaha menjadi lebih berkesan dan mujarab, Insyallah.
Apakah kesan sampingan menggunakan ACD?
- Sejak bertahun air alkali konsentrasi tinggi digunakan untuk membuang asid. Belum pernah ada terdapat kesan sampingan seperti yang berlaku kepada ubat. Bagaimanapum, seperti pemakanan kesihatan yang mengubah keadaan dalaman yang menyebabkan, kemungkinan berlaku kesan penawar tetap ada dalam proses mengeluarkan penyakit. Tetapi kebanyakannya tidak lah berat hingga kesakitan.
Apakah krisis penyembuhan yang terjadi apabila ACD digunakan?
- 3 manfaat terdapat dalam menggunakan ACD:
- Rehidrasi. Peningkatan kelembapan dalaman hasil dari sirkulasi cecair yang lebih baik menghilangkan kekeringan dalaman
- Oksigenasi. Peningkatan keberadaan oksigen dalam sel dari ACD
- Pengalkalian. Terjadinya buffer alkali dalam darah bagi mengelak keasidan yang membahayakan.Dalam proses pengurangan keasidan, detoksifikasi, dan pembinaan kesihatan hasil dari rehidrasi, oksigenasi dan pembuangan asid akan kadang-kadang terjadi kekeringan tekak, pening kepala, sembelit, kencing banyak, dan mungkin juga timbul gatal kulit dan sebagainya. Semua ini hanya sementara semasa proses pembetulan.
Bagaimana ACD digunakan?
- Gunakan 1-2 titis dalam segelas minuman air, teh atau jus
- Jika dicampur dalam botol, goncangkan botol dahulu
- Jika ACD terkena kulit, basuh dengan air segera walaupun tak akan melecur
- ACD boleh dibawa kemana-mana dan digunakan setiap kali anda meminum
Monday, September 13, 2010
Perutusan LEMBAGA PENGARAH

Sejajar dengan peredaran modenisasi masa kini, rawatan herba HPA juga dapat menepati proses pengeluaran yang canggih. Dengan pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik “Good Manufacturing Practice” (GMP), syarikat HPA berupaya menjamin mutu kualiti barangan keluaran sentiasa konsisten pada tahap yang tinggi.
Menjelang alaf baru ini, syarikat HPA menjanjikan satu lonjakan baru yang berdaya maju. Ini akan membawa pembaharuan yang lebih positif kepada semua. Akhir kata, kejayaan kita semua bergantung ke atas usaha-usaha berpandukan visi dan misi yang diajukan. Syarikat HPA komited terhadap nilai ini dan akan sentiasa mengorak langkah-langkah positif demi kejayaan kita bersama. Sekian. Wassalam.
Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd)
“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas”- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
“Produk Halal Menjadi Nadi Perjuangan Dan Rezeki Yang Diberkati ALLAH, Menjadi Garis Panduan Perniagaan Kami. Amin.” – Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
VISI HPA
- HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan
- HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa
MISI HPA
- HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami
- HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat
OBJEKTIF HPA
- Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia
- Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan
- Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan
KEUNGGULAN PERNIAGAAN HPA
1. 100% milik Bumiputra Muslim
Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan
telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba.
2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal
Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan
ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba),
kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah &
haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan
500 jenis produk lagi pada masa akan datang.
3. Harga murah dan berpatutan
Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan.
HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga
produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan
tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.
4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai
1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat
Konsultasi Syariah Indonesia.
5. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan
Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup
aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha
sebelum memulakan kerja.
6. Perubatan JAWI
HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang
menggabungkan sumber Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri
daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit melalui
tapak tangan, anak mata dan juga perawatan seperti
bekam, akupunktur, refleksologi dan lain-lain lagi. Semua
ahli berpeluang untuk mempelajarinya.
7. Kebajikan
Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian
keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad
tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli
sambil beramal.
8. Plan Pemasaran Hebat
Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar
melalui plan pemasaran Era Baru yang terbukti berjaya
melahirkan usahawan HPA dengan pendapatan 5 angka
sebulan.
9. Latihan Keusahawanan
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan
bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua
ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA.
Program ini sangat berkesan sehingga berjaya
melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus ini
dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya
dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS).
10. Pengiklanan Produk Di Media Massa
HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix
Cola, Sarsi, Cereal di TV3, TV9, akhbar harian,
pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.
11. Koperasi Wahida Berhad
HPA menubuhkan Koperasi Wahida Berhad untuk
memberi peluang kepada ahli menikmati keuntungan
bersama. Anggaran pulangan 10%-20% setahun.
HPA & ANAK SYARIKAT
Syarikat-syarikat HPA dan aktiviti ekonominya adalah seperti berikut:
1. Al-Wahida Marketing Sdn Bhd – Pemasar semua produk
melalui perniagaan MLM
2. HPA Industries Sdn Bhd – Pengeluar ubat-ubatan herba
3. Cola Radix Sdn Bhd – Pengeluar minuman berkarbonat
(Radix Cola dll)
4. HPA Food & Beverage Sdn Bhd – Pengeluar minuman
dan makanan
5. Radix Industries Sdn Bhd – Pengeluar Kopi Radix
6. HPA Farm Sdn Bhd – Pengeluar ayam dan air mineral
7. HPA Ilham Sdn Bhd – agensi pelancongan
8. RFC Sdn Bhd – Restoran Radix Fried Chicken (RFC)
9. El- Zaharaa Sdn Bhd – Hotel, homestay, JHS, HPA
collection, toharah dobi
10. Centella White sdn Bhd – Produk kosmetik
SEJARAH HPA
Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.
Pengenalan
HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.
Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.
Kilang syarikat HPA terletak di alamat
1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala
Perlis, Perlis.
2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi
Sematang, Perlis.
3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani,
Kedah.
5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok
Sena Kedah.
7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.
Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang.
Pentadbiran & Pengurusan
Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan 1, dibantu oleh
Pengarah Urusan 2 dan Pengurus Besar :-
1. Pengarah Urusan 1, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad
2. Pengarah Urusan 2, Tuan Haji Fisal bin Ahmad Tajudin
3. Pengurus Besar AWM, Tuan Muhammad Faisol Abdul
Rahman
2. Pengurus Besar R & D, Tuan ABDUL GHANI BIN HUSAIN
3. Pengurus Besar Pentadbiran Dan MIS, Puan Rashidah
Binti Abdul Rahim
4. Pengurus Besar Akaun, Tuan Rosli Bin Abu Bakar
Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, AGM, pengurus-pengurus, penyelia dan juga eksekutif dilantik.
Ibu Pejabat HPA
Lot 1985,
Jalan Jejawi Utan Buloh,
Jejawi 02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
No Tel: 04-9776805, 04-9776804 Fax: 604-9774121
Jalan Jejawi Utan Buloh,
Jejawi 02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
No Tel: 04-9776805, 04-9776804 Fax: 604-9774121
Produk Keluaran HPA
Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.
Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, ratusan jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.
Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
Cawangan & Stokis
HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui inisiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan.
HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga Jun tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak lebih 70 buah cawangan.Termasuk 5 cawangan di Indonesia dan 1 di Brunei. Agen Stok HPA kini sudah melebihi dari 1200 orang dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500, 000 orang.
Sunday, September 12, 2010
KENALI HPA...
Jika anda pernah mengenali jenama Radix di pasaran, anda seharusnya mengetahui bahawa HPA adalah syarikat yang mengeluarkan produk ini. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.
Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 dan merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan Halal, produk kegunaan harian dan produk kosmetik.
Produk HPA adalah produk yang paling banyak diminati di pasaran kerana harganya yang sangat berpatutan, berkualiti tinggi, mujarab dan selamat digunakan. Sehingga kini HPA telah mengeluarkan lebih 200 jenis produk dipasaran dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa...
CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA:
- Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
- Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Menggunakan 100% herba.
- Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
- Tidak mengandungi steroid.
- Melepasi ujian had kandungan logam berat.
- Melepasi ujian had Mikrob.
- Melepasi ujian had kecairan.
- Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.
Subscribe to:
Posts (Atom)